Monday, November 23, 2009

HAPPY HOLIDAY



Salam. Lama tak bukak laman blog ni. Sekarang dah pun cuti sekolah. So, saya nak ucapkan selamat bercuti kepada semua. Semoga cuti ini membawa ketenangan buat semua. Buat anak-anak kusess, manfaatkan lah masa cuti dengan sebaiknya. Jangan asyik leka bermain game atau asyik isi masa dengan zzzzzzz........ Kalau pergi melancong, berhati-hati di jalan raya coz sekarang ni musim hujan. Jalan raya licin. ....... Kalau duduk kat rumah pulak, jangan lupa buat kct. Mungkin bosan asyik kena belajar je tp ingat........ Itu semua untuk kebaikan kalian juga.


Buat semua yang membaca blog ini, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Hayatilah pengajaran disebalik hari raya korban. Semoga kalian semua bahagia di hari raya ini.........

Thursday, November 5, 2009

Sekalung Perhargaan


Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

pengawas-pengawas peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 2.

Tidak lupa juga buat Cik Syazlini, Pn Hjh Murni, Pn Nor Alwani, Cik Maizira dan Cik Ilma.
Terima kasih atas kerjasama yang kalian berikan.

Jasa kalian, Tuhan sahaja yang membalasnya.

Tuesday, October 27, 2009

GOOD LUCK


Saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun 2009 kepada semua pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 1, SMSKS terutamanya pelajar kelas 1B, 1D, 2B dan 2D. Semoga kalian dapat buat yang terbaik dan mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini. Try your best to be the best among the best.

Sunday, October 25, 2009

PETUA HILANGKAN JERAWAT


Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat. Editor pernah mengamalkan petua 2 hasil nasihat ibunya. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.
Petua 1
Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
Petua 2
Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.
Petua 3
Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .
Petua 4
Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .
Petua 5
Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .
Petua 6
Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .
Petua 7
Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .
Petua 8
Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9
Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .
Petua 10
Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .
diperoleh daripada:www.iluvislam.com

JOM MASAK

PUDING ROTI

Bahan-bahan:
1 camca besar magerin
1/2 cawan gula(kalau suka manis lebihkan)
1 biji telur
1 cawan susu segar
1 camca besar serbuk milo
2 camca besar tepung jagung
6 keping roti dipotong enam
secubit garam
Cara-cara:
1. Gaulkan gula dan magerin sehinggga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul sehingga sekata.
3. Masukkan susu, serbuk milo, tepung jagung dan garam. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan roti yang telah dipotong dan kacau.
5. Masukkan dalam loyang dan kukus selama 45min dengan menggunakan api yang sederhana.
Hidangan:6 orang
Bahan-bahan boleh didapati:Kedai runcit berhampiran
bahan ini didapati daripada:www.iluvislam.com

BUBUR NASI

Menziarahi orang sakit adalah salah satu amalan baik yang digalakkan oleh Islam. Hal ini bukan sahaja akan mengeratkan hubungan persaudaraan ataupun ikatan kasih-sayang taetapi juga merupakan satu kaedah merawat penyakit secara psikologi kerana dengan kunjungan tersebut diharapkan akan mendatangkan perasaan gembira kepada pesakit dan memberi harapan kepadanya untuk segera sembuh dari sakitnya itu. Sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, kita hendaklah berkata atau bersikap lemah lembut kepada pesakit dan mengucapkan perkataan yang baik kepadanya seperti mendoakan kesihatannya dan sebagainya. Jangan sekali-kali membicarakan sesuatu yang menambahkan kesedihannya apalagi memutuskan harapannya untuk sembuh.
Doa semasa menziarahi oarng sakit :Ya Allah ! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dariMu jua, sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. (Riwayat at-Tirmizi)Bubur nasi ni sesuai dihidangkan kepada orang-orang yang demam dan tidak sihat..moga-moga resepi ini dapat merapatkan ukhwah sesama muslim..
Bahan-Bahan
1 1/2 cup beras
sebatang lobak merah
sawi (dlm 2 pokok cukup la)
1 kiub pati ayam ( boleh substitute dgn chicken stock)
10 ekor udang bersaiz sederhana
1 liter air..(air ditambah shgga nasi betul2 kembang)
garam secukup rasa
ikan bilis goreng
daun bawang
Cara-cara
lobak merah di potong dadu.. sawi dipotong halus
udang perlu dibuang kulit dan dipotong dua kalau udang tu besar
basuh beras dan masak seperti masak nasi tapi lebihkan air. air kena lebih supaya bubur betul2 kembang..
bila beras dh lembut (hampir masak), masukkn kiub pati ayam, udang,lobak merah dan sedikit garam
tunggu sehingga bubur betul2 kembang baru masukkan sawi.. tambah garam secukup rasa.. tambah air kalau bubur jadi terlalu kering.. bila bubur dh betul2 kembang bolehla makan.. :)
nak lagi sedap.. makan bubur bersama ikan bilis yang digoreng dengan bawang merah..dan ditabur daun bawang

Pesan Atok


MALAM

MalaM

Kata orang
Malam itu adalah
Absence of light
Dikala mentari terik memancar
Menyinari bumi
Manusia mencari rezki
Tika Bumi mengelilingi sang mentari
Bumi terus berputar mengikut paksinya
Meninggalkan kesan pada penduduknya
Adakalanya timur yang disinari
Ada masanya barat yang disinari
Pabila tibanya keheningan malam
Syahdu menusuk kalbu
Saatnya bermanja dengan sang Pencipta
Detik yang mengasyikkan
Meninggalkan keseronokan dunia
Hanya cinta Allah menghiasi malam


Disaat inilahWaktunya bermuhasabah
Rasa keharuan memenuhi jiwa
Rindu pada yang Maha Esa
Di detik inilah saatnya
Mengadu segala rasa suka dan duka
Dengan keyakinan yang mantap
Menyakini bahawa Allah senantiasa disisi
Sedang mendengar luahan hati
Sedang melihat hambaNya
Pastinya Tuhan juga akan gembira jika hambaNya sering mengingatiNya!
Dengan mengingati Allah itu hati akan menjadi terang.

Tuesday, October 13, 2009

MENTERJEMAH LITAR

MENTERJEMAH LITAR SKEMATIK
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
MODUL 4


NAMA:……………………………………………… TINGKATAN: 3 ………………..


LITAR SKEMATIK

LITAR BERGAMBAR
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0

Sunday, October 11, 2009

Uji Diri

Sila Jawab soalan berikut

1 Pemegang akaun semasa diberikan kemudahan

A cek
B e-pay
C prabayar
D kad kredit


2 Kepentingan perniagaan dalam bidang ekonomi ialah

I membantu peniaga memperoleh keuntungan
II memperkembangkan hubungan perdagangan
III meningkatkan taraf hidup individu dan masyarakat
IV membantu manusia memenuhi keperluan dan kehendak mereka

A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

3 Maklumat di bawah ini berkaitan dengan Yana dan Elin.



Yana dan Elin perlu mendaftarkan perniagaan mereka di

A Majlis Tempatan
B Pendaftar Syarikat
C Pendaftar Perniagaan
D Lembaga Perlesenan


4 Antara yang berikut, yang manakah bukan faedah yang dinikmati oleh rakyat sesebuah negara hasil daripada aktiviti perniagaan?

A Peningkatan taraf hidup
B Peningkatan kegiatan ekonomi
C Peningkatan peluang pekerjaan
D Peningkatan pendapatan keluarga


5 Antara yang berikut, jenis milikan perniagaan yang manakah mengagihkan untung dalam bentuk dividen?

I Sastera Maya Berhad
II Sentosa Sendirian Berhad
III Kedai Koperasi Kampung Jawa
IV Perniagaan Alat Tulis Gan dan Kang

A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

Friday, October 9, 2009

LDP

Assalamualaikum